Feeds:
Posts
Comments

11 Januari

love-1.jpg 

Sebelas Januari Bertemu
Menjalani Kisah Cinta Ini
Naluri Berkata Engkaulah Milikku
Bahagia Selalu Dimiliki
Bertahun Menjalani Bersamamu
Kunyatakan bahwa Engkaulah jiwaku

Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu

Pernahku Menyakiti Hatimu
Pernah kau melupakan janji ini
Semua Karena kita ini manusia

Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu

Chorus:
Kau bawa diriku
Kedalam hidupmu
Kau basuh diriku
Dengan rasa sayang
Senyummu juga sedihmu adalah Hidupku
Kau sentuh cintaku dengan lembut
Dengan sejuta warna  

Kenangan…..

sunset-1.jpgsepahit mana sekalipun kenangan yang ditinggalkan…akan ada manisnya untuk dikenang….. mungkin kepahitan itu jua yang menjadi ubat dan penawar hati suatu hari nanti……….

baby1.gifJika dikenang zaman kanak-kanak, pasti nostalgia ini paling bermakna dalam hidup kita. Jika diberi pilihan ingin saja aku kembali ke zaman itu. Zaman yang penuh warna-warni. Semuanya memberi sejuta kenangan manis dalam hidupku. Masih aku ingat kenangan bersama-sama rakan sebayaku berkubang di tengah-tengah bendang. Bermain lumpur dan selut. Girang mencari ikan laga (pasti bdk2 zaman skrg x kenal ikan laga). Mandi sungai sambil bergelak riang…Bebas dari memikirkan masalah yg bersarang dibenak…Teringat ‘hadiah’ yg aku terima dari jiran kerana memanjat dan ‘mencuri’ rambutan dari kebunnya..Jika diingat balik nakalnya aku ketika itu… Ye la…sejak kecil aku jarang berkawan dgn bdk pempuan…jgn harap la nak main anak patung…eeeii pempuan sgt la…senapang, pistol mainan menjadi barang2 mainan…mungkin pengaruh kedua abg2ku menjadi aku seorang yg ‘lasak’.. Argh…pantasnya masa berlalu…sedar x sedar aku menjadi dewasa…jika aku mempunyai masa  ingin ku putarkan masa dulu2…bebas dan tak pening fkr dgn bebanan masalah… Apa-apapun ‘life must go on’……..

mirror-1.pngCari teman sebagai cermin…….

Kita perlukan cermin hidup melihat wajah kita, melihat siapa kita, untuk menilai siapa kita. Cermin hidup adalah insan yang kita yakin, yang boleh memberikan jawapan atau gambaran siapa kita, apa kita, dan bagaimana kita di khalayak sebenarnya.

Cermin mati hanya mampu memberikan gambaran wajah kita yang sebenar. Kalau kita mempunyai parut di muka, cermin mati akan menunjukkan kita ada parut itu, tetapi kalau kita ada sifat buruk di sebalik wajah cantik atau kacak, bolehkah cermin mati beritahu kita? Mesti tidak kan.

Sebab itu kita perlukan cermin hidup, seseorang yang boleh membicarakan tentang perangai dan tingkah laku serta tindakan bodoh yang sering kita lakukan.

Kita perlukan seseorang yang selesa membicarakan hal kita kepada diri kita sendiri, tanpa ragu-ragu, tanpa takut-takut, tanpa was-was, bahawa kita akan menolak dia. Maknanya cermin hidup ini seorang yang amat jujur, baik, tetapi tidak begitu rapat dengan kita, namun kita yakin dia boleh memberikan pendapatnya kepada kita tentang diri kita.

Tetapi mampukah kita mendapatkan watak sebegini?

Inilah watak cermin hati kita, cermin yang boleh bercakap dan tidak sekadar menunjukkan bagaimana wajah kita tetapi memberitahu kita jauh daripada itu. Cermin hidup ini akan memberitahu kita siap sebenarnya kita. Cermin hidup boleh membelai hati kecil sebab hati kecil selalunya lebih jujur.

Bak kata Dr HM Tuah Iskandar….”carilah seribu sahabat, kerana seribu sahabat itu belumlah banyak; jauhilah seorang musuh, kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak”.

Fikir-fikirkanlah…..

aku lee

CINTA…Perkataan itu amat indah untuk diungkapkan. Hanya dengan sebutan kita dapat bayangkan keindahan apabila ia menghimpit perasaan kita. Cinta amat disukai oleh kita semua. Kita mencari-cari cinta untuk membahagiakan hidup kita. Ada kalanya, antara kit tersalah guna cinta. Ada juga yang menjadi hamba cinta. Cinta juga dapat menghancurkan jika terlalu lebih perasaan cinta. Cinta pada kerjaya untuk kehidupan merupakan cinta yang membahagiakan. Cinta kepada Tuhan, InsyaAllah kita tidak tersesat jalan. Terlalu luas maksud cinta. Anugerah Tuhan yang besar tetapi terlalu halus perasaannya. Cinta datang dan pergi jika begitu sahaja jika tidak dibajai. Cinta hadir dengan membawa rasa sayang, kasih, sayang, serta simpati. Satu persatu rasa itu akan hilang apabila kita tidak menghargainya. Sementara ada, tidak peduli, apabila hilang, kita mengharap ia kembali. Mengembalikan rasa cinta itu sukar apabila ianya terpadam sama sekali. Namun, salahnya bukan pada cinta, tetapi kita sendiri- manusia- fikirkanlah, sementara yang ada boleh diselamatkan, jagalah ia sebelum terlambat.

KiSah SeOrAnG WaRtAWaN

azie-5.jpg
Dari pagi kau bertugas
Ke larut malam
Tak mengenal penat jemu
Demi baktimu
Kau mengorbankan waktumu
Mencorak pena
Mengubah cara… hidup insanKau bekerja dengan sabar
Berperibadi
Walaupun rintangan datang
Rela hadapi
Mengejar memburu berita
Cerita maya
Suka dan duka… segalanyaDuniamu
Oh wartawan
Tak terbatas
Dan mencabar…

Kadang waktu
Kau disanjung
Kadang waktu
Kau dilupa…

Menjalinkan hasrat suci
Untuk berbakti
Menyinarkan dunia seni
Untuk seniman
Membangunkan tekad nusa
Untuk berjaya
Namun hidupmu
Tak terbela

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!