CINTA…Perkataan itu amat indah untuk diungkapkan. Hanya dengan sebutan kita dapat bayangkan keindahan apabila ia menghimpit perasaan kita. Cinta amat disukai oleh kita semua. Kita mencari-cari cinta untuk membahagiakan hidup kita. Ada kalanya, antara kit tersalah guna cinta. Ada juga yang menjadi hamba cinta. Cinta juga dapat menghancurkan jika terlalu lebih perasaan cinta. Cinta pada kerjaya untuk kehidupan merupakan cinta yang membahagiakan. Cinta kepada Tuhan, InsyaAllah kita tidak tersesat jalan. Terlalu luas maksud cinta. Anugerah Tuhan yang besar tetapi terlalu halus perasaannya. Cinta datang dan pergi jika begitu sahaja jika tidak dibajai. Cinta hadir dengan membawa rasa sayang, kasih, sayang, serta simpati. Satu persatu rasa itu akan hilang apabila kita tidak menghargainya. Sementara ada, tidak peduli, apabila hilang, kita mengharap ia kembali. Mengembalikan rasa cinta itu sukar apabila ianya terpadam sama sekali. Namun, salahnya bukan pada cinta, tetapi kita sendiri- manusia- fikirkanlah, sementara yang ada boleh diselamatkan, jagalah ia sebelum terlambat.

![Siena IV (The Tuscany Series) [Explore] Siena IV (The Tuscany Series) [Explore]](http://static.flickr.com/7083/7320391910_8e527775a2_t.jpg)